101533

Ara Johari kurung diri dalam rumah, tertekan dituduh ‘kaki mabuk’ – “Rasa macam orang asyik cakap benda itu saja… saya jadi takut” – Hiburan -Suria FM - Segalanya Hiburan

PENGALAMAN berdepan kontroversi melibatkan dakwaan yang agak keras iaitu ‘kaki mabuk’ pada Ogos lalu cukup memberi pengajaran kepada penyanyi Ara Johari.

Biarpun tidak pernah menjangkakan bakal berdepan dengan isu tersebut namun Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sentiasa memberi semangat kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bersumpah tak pernah minum arak!” – Ara Johari jawab tuduhan ‘kaki mabuk’, minta tunjuk bukti

“Saya tahu apabila dah ceburi dunia hiburan pasti akan berdepan dengan kontroversi tapi saya tak jangka akan sampai seteruk ini. Ini pertama kali saya terpalit dengan kontroversi macam itu.

Ara tidak pernah menjangkakan akan terpalit dengan kontroversi yang paling teruk.

“Masa itu saya rasa pelik kenapa cerita seperti itu boleh timbul… macam mana boleh terjadi. Nasib baik ada keluarga saya beri sokongan dan selalu berpesan supaya biarkan saja apa orang nak kata.

“Saya punya back up adalah keluarga…

Kredit gambar dan artikel mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!