101542

“Ayden mahu daddy… nak tidur dengan daddy” – Aliff Aziz pilu anak rayu nak jumpa, minta maaf gagal jadi ayah terbaik – Hiburan -Suria FM - Segalanya Hiburan

TERKAIT dengan pelbagai kontroversi, penyanyi Aliff Aziz mengaku sedar dengan kesilapan hidup yang dilakukan memberi kesan kepada keluarganya.

Aliff, 29, yang kini berada di Singapura berkata, pandemik Covid-19 yang memisahkan jarak dia dengan isteri dan anak-anak memberi hikmah agar dia memperbaiki kesilapan dan menghargai orang sekeliling.

“Ia memberikan perspektif untuk saya memperbetulkan semula perjalanan hidup. Pandemik yang berlaku ini memberi kesan jauh lebih mendalam bagi saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz keluar penjara, Bella Astillah tetap bangga – “Dia dah terima balasan di dunia dan sedang memperbaiki diri”

“Seperti yang saya tahu, saya tidak akan membiarkan kesilapan dan kesalahan saya memberi kesan kepada anak-anak dan orang saya sayangi.

“Saya tidak malu menjadi lelaki dan mengakui bahawa saya sering melakukan kesilapan dalam hidup. Ya, saya mempunyai banyak kelemahan untuk difikirkan,” katanya.

Aliff tersentuh hati melihat video anak sulung meluahkan…

Kredit gambar dan artikel mStar

Apakah perasaan anda tentang artikel ini?
Please wait...
Dengarkan Sekarang!