PELAKON Syatilla Melvin menyedari terdapat segelintir pihak yang beranggapan perkahwinannya dengan Shahiezy Sam semata-mata ingin menumpang kemewahan aktor tersebut.
Namun Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 29, berkata tiada istilah menumpang dalam kehidupan rumah tangga memandangkan dia dan suaminya sentiasa membantu satu sama lain dalam setiap perkara.
ARTIKEL BERKAITAN: Promosi produk berunsur lucah, Syatilla Melvin mengaku sengaja guna foto ‘double meaning’ untuk dapat perhatian
Menurut Syatilla, dia percaya rumah tangga akan semakin bahagia dan sentiasa dimurahkan rezeki apabila pasangan suami isteri tidak pernah berkira dalam setiap aspek termasuk soal kewangan.
Syatilla dan tiga adik-beradiknya yang lain kini bergelar jutawan.
“Masa awal-awal orang selalu cakap saya ini seperti nak menumpang Sam tapi sebenarnya kami bergerak seiring. Saya dan Sam pun ada perniagaan sendiri. Kami berdua buat semua sama-sama.
“Sentiasa berbincang sehingga…